• Hamizi Jamaludin

Windows Server 2012 Editions - perkara yang perlu diketahui oleh IT Administrator

Windows Server 2012 Editions

Terdapat 4 edisi Windows Server 2012 operating system. Organisasi perlu memilih edisi Windows Server 2012 yang terbaik untuk memenuhi keperluan mereka. Server administrator boleh menjimatkan kos dengan memilih Windows Server 2012 edisi yang sesuai apabila menggunakan server untuk peranan tertentu.


1- Windows Server 2012 Standard

  • Menyediakan semua peranan dan ciri ciri yang tersedia pada Windows Server 2012.

  • Menyokong sehingga 64 sockets dan sehingga 4 TB RAM.

  • Termasuk dua lesen VM untuk server yang mempunyai sehingga 2 processor. Lesen tambahan diperlukan untuk setiap tambahan 2 processor.

2- Windows Server 2012 Datacenter

  • Membekalkan semua peranan dan ciri ciri yang tersedia pada Windows Server 2012.

  • Menyokong 64 sockets, sehingga 640 processor cores, dan sehingga 4 TB RAM.

  • Disertakan lesen VM tanpa had untuk VM yang run pada hardware yang sama untuk server yang mempunyai dua processor. Lesen tambahan diperlukan untuk setiap tambahan 2 processor.

3- Windows Server 2012 Foundation

  • Membolehkan hanya 15 pengguna, tidak boleh join domain.

  • Menyokong 1 processor core dan sehingga 32 GB RAM.

  • Termasuk peranan server yang terhad.

  • Tidak termasuk Active Directory Domain Services.

  • Tawaran melalui program OEM.

4- Windows Server 2012 Essentials

  • Berfungsi sebagai edisi Small Business Server.

  • Tidak menyokong server hyper-V failover clustering server atau RDS.

  • Tidak boleh install server core.

  • Menyokong sehingga 25 pengguna dan 50 device.

  • Menyokong 2 processor core dan 64 GB RAM.

  • Mestilah satu-satunya DC dalam domain.

0 views

Our Office :

OSI TECHNOLOGY SDN BHD

16-1 Jalan Opera D U2/D,

Taman TTDI Jaya,

40150 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan

Tel : 603 7846 3080

Fax : 603 7848 3180

Email : info_osi@osi.com.my

Training Centre & Exam Centre : 

OSI TECHNOLOGY SDN BHD

20-1 Jalan Opera G U2/G,

Taman TTDI Jaya,

40150 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan