Hai semua, dalam catatan saya sebelum ini, kita telah membincangkan tentang langkah langkah bagaimana untuk konfigurasi AD Snapshot menggunakan NTDSUTIL, tetapi sekarang mari kita lihat bagaimana anda sebagai Server Admin dapat restore akaun pengguna yang delete di AD anda hanya dengan menggunakan GUI.
Untuk maklumat anda, pada Windows 2012, AD Recycle Bin dapat diaktifkan untuk menyediakan proses yang dipermudah untuk restore objek yang deleted. AD Recycle Bin membolehkan anda restore objek yang deleted dengan fungsi penuh, tanpa perlu restore data AD DS dari backup, dan kemudian restart AD DS atau reboot domain controller.
AD Recycle Bin menggunakan infrastruktur tombstone reanimation yang ada dan meningkatkan kemampuan anda untuk preserve dan restore objek Active Directory yang dipadamkan secara tidak sengaja. Jadi, mari kita lihat bagaimana untuk mengaktifkan AD Recycle Bin.
1. Pada server domain anda (DC01.comsys.local), buka Server Manager, di Dashboard, klik Tools dan klik Active Directory Administritive Center.
2. Seterusnya, klik pada Comsys(local), di sebelah kanan dalam panel Tasks, klik Enable Recycle Bin, klik OK pada warning message box, dan kemudian klik OK untuk refresh mesej Active Directory Administrative Center.
3. Seterusnya, untuk stimulate fungsi AD Recycle Bin, delete beberapa pengguna dari OU anda.
4. Setelah anda mengesahkan bahawa pengguna telah delete dari OU, sekarang mari kita restore semula pengguna tersebut, untuk melakukannya, klik Comsys(Local), dan kemudian double-klik Deleted Objects.
5. Seterusnya, highlight pengguna yang delete dari ruang Deleted Users, kemudian klik pengguna terpilih dan klik Restore.
6. Sekarang di sebelah kanan, klik Production OU, anda akan melihat sekarang semua pengguna saya yang didelete telah berjaya direstore.
Comments