top of page

Kelebihan dan Kelemahan Cloud Computing dari segi Keselamatan –Bahagian 8-

Kelebihan keselamatan untuk Cloud Computing dalam sesebuah organisasi:


· Ia memberikan pemecahan data (data fragmentation) dan penyebaran (dispersal).

· Ia mempunyai pasukan keselamatannya sendiri.

· Ia mengeluarkan pelaburan yang besar untuk insfrastruktur keselamatan.

· Ia memberi toleransi kesalahan (fault tolerance) dan kebolehpercayaan (reliability).

· Ia mempunyai daya tahan yang lebih besar.

· Ia menyediakan perlindungan hypervisor terhadap pelbagai serangan rangkaian (network attacks).

· Ia menawarkan pengurangan aktiviti Persijilan (Certification) dan Akriditasi (Accreditation).

· Ia menyediakan penyederhanaan untuk analisis pematuhan.

· Ia mempunyai penyelesaian terhadap disaster recovery dan penyimpanan data dengan kos yang rendah.

· Ia menyediakan kawalan keselamatan apabila mendapat permintaan.

· Ia menyediakan real-time detection bagi sistem gangguan.

· Ia menyediakan perkhidmatan perlembagaan semula (re-constitution) yang pesat.

· Ia telah meningkatkan keupayaan honeypot.



Kelemahan cloud computing di dalam sesebuah organisasi:


· Mesin Virtual tidak akan dapat digunakan apabila pusat data mengalami kemalangan. Ini boleh dicegah dengan membuat back up data anda dan menggunakan failover dan clustering.

· Apabila server induk utama digodam, cloud computing tidak sesuai digunakan.

· Cloud computing kadangkala tidak terjamin keselamatannya.

· Cloud computing kadangkala tidak boleh dilog masuk sekiranya persekitaran itu tidak terjamin keselamatannya.

· Cloud computing masih perlu wujud pada server fizikal.

· Memerlukan kos tambahan bagi pemindahan data.

· Pengguna tidak mempunyai kawalan terhadap server, perisian atau isu keselematan mereka dari jauh.

· Bagi pengguna, ianya sangat sukar untuk memindahkan data yang besar dari pembekal.



Pengguna perlu memutuskan sama ada mereka harus menggunakan cloud computing atau tidak, bergantung kepada kelebihan dan kelemahannya.



788 views0 comments
bottom of page