top of page
Writer's pictureHamizi Jamaluddin

Kebaikan virtualization –Bahagian 5-

Updated: Mar 5, 2019

Dalam post ini, kita akan lihat kebaikan virtualization yang kebanyakkan pakar IT perlu tahu.


Virtualization boleh meningkatkan penggunaan sumber.


- Ia membolehkan kerja-kerja ini diseimbangkan dan boleh mengelakkan downtime, kerana kebanyakkan teknologi Virtualisasi dapat menyokong virtual machine (VM) live migration dari satu host ke host yang lain.


- Ia bertoleransi kesalahan dinamik terhadap kegagalan perisian ( dynamic fault tolerance against software failures)(melalui rapid bootstrapping atau rebooting)



- Ia juga bertoleransi terhadap kegagalan fungsi perkakasan (hardware fault tolerance) (melalui migration dari virtual mesin ke perkakasan yang lain)



- Ia menyediakan keupayaan untuk mengasingkan sistem operasi virtual (Virtual Operating Systems) secara selamat.



- Ia boleh menyokong perisian legasi (legacy software) serta OS yang baru pada komputer yang sama.



- Virtualisasi juga mempunyai kebaikan semasa proses pembangunan (development ); termasuk pembangunan OS. Ia dapat menjalankan sistem baru itu sebagai guest, untuk mengelakkan reboot komputer secara fizikal setiap kali terjadinya bug.





Apakah yang dimaksudkan dengan Virtualisasi Server?


Virtualisasi Server ialah alat yang efektif untuk perancangan pemulihan selepas bencana (disaster recovery).


Ia dapat mengurangkan hardware downtime dan dapat memulihkan data dengan cepat.

Semasa pelaksanaan Virtualisasi Server, syarikat yang terbabit harus mempertimbangkan perkara berikut:

· Data Perlindungan (backups)

· Butiran pemulihan

· Pemulihan prestasi

· RTO/RPOs



Apakah itu Virtualisasi Workspace?


Virtualisasi Workspace ialah satu kaedah pengedaran aplikasi kepada komputer client dengan menggunakan Application Virtualization. Ia dapat menggabungkan beberapa aplikasi utama ke dalam satu ruang kerja (workspace) yang lebih lengkap.


Workspace terdiri daripada semuanya, yang berada di atas kernel OS seperti; aplikasi, data, tetapan (setting), dan mana-mana subsistem bagi OS. Ia diperlukan untuk menyediakan persekitaran komputer desktop yang berfungsi.



Apakah itu Virtual Machine (VM)?




Virtual Machine (VM) ialah satu perisian komputer yang melaksanakan program seperti mesin sebenar.


Virtual Machine terbahagi kepada dua kategori utama iaitu; berdasarkan penggunaannya dan berdasarkan degree of correspondence kepada mesin sebenar.


VM menyediakan platform sistem yang lengkap. Ia dapat menyokong pelaksanaan apa-apa OS dengan lengkap.


Ciri penting mesin virtual ialah; perisian yang berjalan di dalamnya terhad kepada sumber, dan abstraksi yang disediakan oleh mesin virtual itu.


Beberapa mesin virtual dengan OS yang berbeza boleh berada di dalam satu komputer yang sama.

328 views0 comments

Comments


bottom of page