top of page

Cloud Computing vs Virtualisasi –Bahagian 4-

Dalam bahagian 4 di Cloud Computing ini, kita akan belajar mengenai Cloud Computing vs Virtualisasi.

Kita sudah sedia maklum, Cloud Computing ialah model yang menyediakan atau membeli perkhidmatan komputer.


Secara umumnya, cloud computing ialah perkhidmatan yang boleh dikembangkan secara dinamik atau contract computation atau storage capabilities on an as-needed basis. Ia telah digunakan oleh organisasi-organisasi yang ingin meminimumkan kos, dan ingin mempunyai akses kepada program dan aplikasi, yang tidak dipasang secara fizikal di dalam syarikat-syarikat Servers.


Virtualisasi ialah sejenis teknologi yang digunakan untuk membantu syarikat dan pengguna yang ingin memanfaatkan komputer, aplikasi, peranti penyimpanan, dan server mereka dengan maksimum penggunaannya.


Pada asalnya, Virtualisasi ialah teknologi yang membolehkan anda menjalankan pelbagai OS secara serentak pada satu host fizikal, dimana setiap OS berjalan sebagai komputer yang lengkap. (Sebagai contoh, anda boleh install Windows 7 pada Windows 8 Enterprise Hyper-V Manager)


Virtualisasi merupakan penciptaan dalam bentuk versi maya (bukan nyata), seperti OS, server, peranti simpanan, atau sumber rangkaian.


Matlamat utama virtualisasi ialah; pengggunaan sumber yang akan menjadi dengan optimum. Ia juga akan mengurangkan kos yang diperuntukan. Pada masa yang sama, ia akan menambahkan fleksibiliti kepada organisasi.


Cloud Computing dan virtualisasi merupakan dua benda yang berbeza dari segi teknologi.

Fungsi kedua-duanya agak sama, dimana ia membantu mengoptimumkan sumber, penggunaan atas permintaan, fleksibiliti dan berskala dengan kos yang rendah.

Walau bagaimanapun, ia terdapat beberapa perbezaan antara Cloud Computing dan Virtualisasi.


Virtualisasi ialah teknologi, sedangkan cloud computing merupakan model perniagaan yang memanfaatkan pelbagai teknologi dalam cara yang inovatif.


Malah, virtualisasi merupakan salah satu teknologi yang boleh digunakan untuk melaksanakan cloud computing.

Virtualisasi telah wujud lebih lama daripada cloud computing. Pada awal nya, ia berada di dalam sempadan firewall organisasi, sejak dari itu, virtualisasi telah digunakan dalam persekitaran yang telah dihoskan.


Pada dasarnya, virtualisasi ialah pemacu unutk teknologi cloud computing.


Cloud computing dan virtualisasi ialah dua teknologi yang berbeza. Ia sering disalahtafsirkan dan tertukar fungsinya.


Cloud computing yang menentukan barang-barang tambahannya, penggunaannya, dan penghantarannya. Perkhidmatan IT ini bergantung kepada jenis protokol Internet yang digunakan. Cloud computing boleh digunakan dengan lebih baik jika virtualisasi desktop dilakukan terlebih dahulu. Kebanyakkan cloud computing memerlukan beberapa server virtual dan peranti simpanan.


Tetapi, kita mesti faham bahawa virtualisasi juga sangat penting. Ia membolehkan pelanggan menjalankan pelbagai OS secara serentak pada satu server fizikal, dimana setiap OS berjalan sebagai komputer yang lengkap.



Virtualisasi mempunyai akses fizikal ke server virtual. Cloud computing menggunakan sumber-sumber tersebut yang mana, ia tidak mempunyai akses fizikal kepadanya.

69 views0 comments
bottom of page