top of page

Cloud Computing: Apakah itu Cloud Storage? –Bahagian 7-

Updated: Mar 5, 2019

Cloud Storage ialah model rangkaian simpanan atas talian (online storage), data disimpan di virtualized pools dan kebiasaan nya dihoskan oleh pihak ketiga.


Syarikat-syarikat host ini mengendalikan pusat data yang besar; dan sesiapa yang memerlukan data mereka untuk dihostkan perlu membelinya ataupun memajak kapasiti penyimpanan dari mereka, dan menggunakannya untuk keperluan penyimpanan mereka.


Pusat data akan mengendalikan sumber secara virtualisasi bergantung kepada keperluan pelanggan dan mendedahkan mereka dengan storage pools, di mana pelanggan boleh menggunakannya sendiri sebagai gudang penyimpanan fail-fail dan objek data.



Penyimpanan Cloud mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Cloud Computing dari segi kecepatan, skalabiliti, fleksibel dan pelbagai penyewaan.


Ia dipercayai telah dicipta oleh Joseph Carl Robnett Licklider pada tahun 1960-an. Sejak dari itu, cloud computing telah berkembang dengan pesat dan Web 2.0 menjadi evolusi yang terbaru.


Penyimpanan Cloud ialah :

· Terdiri dari banyak sumber yang digunakan, tetapi masih bertindak seperti satu.

· Fault tolerance yang tinggi melalui redundansi dan pengagihan data.

· Sangat tahan lama melalui penciptaan versi salinan.

· Kebiasaannya akan konsisten berkenaan dengan replika data.


Kelebihan Penyimpanan Cloud :

· Syarikat hanya perlu membayar penyimpanan yang mereka gunakan.

· Syarikat tidak perlu memasang (install) peranti simpanan fizikal di pejabat mereka sendiri, tetapi secara hakikatnya, simpanan itu terletak di mana sahaja.

· Tugas penyelenggaraan simpanan, seperti backup, replikasi data, dan pembelian peranti penyimpanan tambahan ialah tanggungjawab pembekal perkhidmatan.

· Penyimpanan Cloud menyediakan pengguna dengan akses serta-merta ke pelbagai sumber dan aplikasi yang dihoskan dalam infrastruktur organisasi lain melalui web service interface.


Kebimbangan mengenai Penyimpanan Cloud :

· Prestasi mungkin lebih rendah daripada penyimpanan local, ia bergantung kepada berapa banyak pelanggan bersedia membelanjakan untuk bandwidth WAN.

· Kebolehpercayaan dan ketersediaan bergantung pada WAN.

· Pengguna dengan keperluan penyimpanan rekod tertentu, seperti agensi awam, mesti menyimpan rekod elektronik mengikut undang-undang. Ia mungkin menghadapi komplikasi dengan menggunakan cloud computing dan cloud storage.

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba Cloud Storage, boleh log masuk ke post saya sebelum ini “Some of the Cloud Storage you can try…” dengan klik link di bawah

559 views0 comments
bottom of page