top of page

Apa yang anda perlu tahu tentang Cloud Computing. –Bahagian 1-

Bermula dari minggu ini, saya akan menulis dengan lebih terperinci mengenai Cloud Computing dan konsepnya. Untuk sesiapa yang berminat untuk mengambil peperiksaan CompTIA Cloud Essentials (untuk mendapatkan sijil) boleh klik pautan di bawah.


https://certification.comptia.org/certifications/cloud-essentials


Saya akan cuba sedaya upaya menerangkan dengan sangat terperinci, supaya pelajar saya yang berminat untuk menyertai latihan Cloud Computing bersama saya pada masa akan datang, mempunyai idea tentang “Apa itu Cloud Computing”.


Mari mulakan.

Pada Bahagian 1 ini, mari kita belajar tentang asas Cloud Computing.

Cloud Computing ialah pernyelesaian untuk perkhidmatan IT yang berasaskan internet.

Perkakasan (hardware) dan perisian (software) berkongsi sumber dan konfigurasi untuk dan menghasilkan aplikasi, dan apa yang kita nampak hanyalah ilusi yang sedang berjalan dalam satu sistem.


Banyangkan, banyak komputer berhubung menggunakan rangkaian (network) berkelajuan tinggi, dimana organisasi boleh menyimpan aplikasi dan data menggunakan model pay-as-you-go.



Terdapat 3 jenis Cloud Computing:


Public Cloud : Berdasarkan model piawai (standard) cloud computing. Sumber seperti infrastruktur termasuk server, penyimpanan dan aplikasi disediakan kepada orang awam melalui Internet, oleh pembekal perkhidmatan cloud.


Contoh public cloud ialah; Amazon Elastic Compute Cloud (EC2), IBM Blue Cloud, Google AppEngine and Windows Azure Services.


Private Cloud : Infrastruktur yang digunakan hanya untuk satu organisasi. Sama ada diuruskan secara terus atau diuruskan oleh pihak ke-3, dan dihoskan secara dalaman ataupun luaran. Private Cloud ialah kaedah pengkomputeran yang baru, dimana infrastruktur untuk IT korporat hadir sebagai perkhidmatan utiliti yang sentiasa ada, mudah diakses, dan boleh dipercayai. Pemilik perniagaan dan pemilik aplikasi, yang ingin menggunakan perkhidmatan perniagaan baru, boleh menggunakan infrastruktur ini sebagai perkhidmatan standard, tanpa perlu memahami server, penyimpanan, dan rangkaian. Private Cloud, atau virtual private cloud, ialah sejenis infrastruktur cloud computing yang dicipta untuk kegunaan in-house datacenter.


Hybrid Cloud : Cloud Computing ini terdiri daripada sekurang-kurangnya satu private cloud dan satu public cloud. Menggunakan model ini, organisasi itu biasanya menguruskan aplikasi dengan data sensitifnya sendiri, tetapi boleh memilih untuk menyimpannya di archive atau data yang tidak sensitif boleh disimpan menggunakan cloud.



Itu sahaja untuk kali ini…. Akan bersambung di Bahagian 2 – Kelebihan Cloud Computing….


217 views0 comments
bottom of page